Monday, October 25, 2010

5 about loves



hello everyone & assalamualaikum :) okay topic for today is about  L.O.V.E. interesting right? haha. semua mesti ada persepsi sendiri tentang makna cinta ni kan? dan masing masing ada pengalaman sendiri korang sendiri dalam merasai perasaan cinta tu seperti kain yang penuh dengan warna pelangi :D bagi zee pulak cinta ini terbahagi kepada 5 bahagian. 5-5 ni memainkan peranan yang tersendiri dalam kehidupan seharian kita tanpa kita sedari. nak tahu apa dia? okay sekarang zee share eh. sebab ustaz kata tak elok kedekut ilmu. hehe



yang first kepada Allah dan juga rasul kita iaitu nabi muhammad. cinta yang first nilah yang akan kekal abadi sampai bila bila walaupun kita dah mati nanti. dan cinta ini lah cinta yang paling suci sekali. Allah adalah tuhan yang mencipta kita, memberi kita rezeki dan segalanya yang ada di muka bumi ini adalah milikNya. Rasul pula adalah pemimpin yang memimpin kita ke jalan yang benar supaya kita tidak sesat di dunia ni. betul tak? 



yang second pulak ibu bapa & keluarga. hmm if takde ibu bapa dekat dunia ni, takde jugak lah kita. so jangan sesekali kita menderhaka pada mereka. pengorbanan mereka terlalu besar dan tidak boleh diterangkan dengan kata kata. dorang nilah yang jaga kita dari sekecil tapak tangan tu sampai lah kita genggam satu ijazah yang buat kita berjaya. bukan senang tau tugas ibu bapa ni. nak mendidik anak dia jadi seorang yang baik & berpelajaran. keluarga pun sama. tanpa dorang ni, dekat sape lagi kita nak merempat? dekat dorang ni jugak lah yang kita mengharap untuk tolong, bila kita sakit, datang melawat sebab ada pertalian darah yang takkan boleh diputus macam air dicincang takkan putus. haaaa. kan dah kuar peribahasa cikgu wong, cikgu bm favourite zee. haha. so hargailah mereka semua ini yeaa :)



yang ketiga pulak, CIKGUUUU! sorry lah gambar teacher & students tak dapat cari. so letak lah gambar sekolah ni even takde kena mengena sangat. tapi tapi comel kan? suka tengok gambar ni. haha. dengan cikgu nilah mulut kena jaga, kena pandai jaga hati dia. sebab sekali dia kata ilmu tak berkat, takkan pandai lah awak sampai ke tua kecuali dengan izin tuhan. so hormati lah guru sebab dia lah orang yang banyak memberi kita ilmu walaupun kadang kadang kita malas nak buat homework dia. rasa annoying bila dia membebel ./ marah. tapi tulah yang membuatkan kita berjaya satu hari nanti. yang dah penah lukakan hati cikgu tu, minta maaf lah segera yea :p jangan jadi malas tau! study is important! exam tu menentukan yang kita ni berusaha ke tak. * eh ni apahal masuk topik exam ni, arghhhhh exam belum habis lagi! haha



fourth, zee bukan nak cite pasal 2 orang berkawan ke apa ke, tapi yang keempat ni adalah cinta pada kawan! semua mesti ada kawan kan? sape yang takde kawan tu, errrr taktau lah macamne hidup dia. orang cakap tujuan kita berkawan ni untuk berkongsi semua tentang diri kita dengan dia dan begitu juga dengan dia. tapi ingat, kawan ada macam macam jenis. kawan yang baik, kawan yang jahat, kawan yang makan kawan and so on. so terpulang pada diri kita nak pilih kawan yang mana satu untuk dijadikan sahabat :) sahabat dengan kawan lain maksud tau! tak sama maksud. carilah sendiri apa makna dia eh? zee malas nak type. haha :p



haaa yang kelima ni mesti ramai budak budak suka nak baca  so zee tulis pendek jelah kay? haha yang kelima ni cinta pada orang yang kita sayang. alaa lebih kurang macam couple lah. zee sebenarnya pun taktau sangat pasal cinta bahagian ni sebab zee tak pernah lagi ada pengalaman couple. HAHA xD hmm adat dan lumrah kehidupan manusia lelaki diciptakan untuk perempuan, dan perempuan diciptakan untuk lelaki. lelaki memerlukan perempuan sebagai peneman, perempuan perlukan lelaki sebagai pemimpin dalam hidup dia. masing masing bergantung kepada diri masing masing. setiap orang ade jalan cerita hidup dia kan? ada yang kena game, ada yang tak boleh lupa ex, ada yang couple dari sekolah menengah dah kahwin siap ada anak dan macam macam lagi lah. tapi jangan silap langkah tau, jodoh ada 3. jodoh Allah, jodoh syaitan dan jodoh jin. pilih lah antara 3 tu yea :)

2 comments:

  1. folo blog saya pulak ye..
    http://ceriteraseorangadis.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. I suke entry you yang nie bintang . love yah :)

    ReplyDelete