Saturday, July 28, 2012

im done here

assalamualaikum & hi semua! :D zee kembali lagi ^^ alhamdulillah dah lepas seminggu kita semua berpuasa kan? harap harap lah zee dapat puasa penuh tahun ni. HOPEFULLY lah :P okay, entry yang sebelum ni zee ada ceritakan tentang sakit yang zee tengah alami kan? so entry kali ni kira sambungan kepada entry yang "should i give up" . eceh berepisod haa blog zee ni haha. 

seperti yang readers dah sedia maklum, zee tengah menghidapi penyakit kan. zee taktahu kenapa, sepanjang zee berada dekat kuantan, zee mesti jatuh sakit. demam zee sekarang nipun belum baik baik lagi. walaupun dah lebih dari seminggu. takdir tuhan yang da tertulis, hari khamis waktu sahur tu, ibu call dan minta zee quit dari mata. laporan doktor cakap, kesihatan zee tidak mengizinkan zee untuk terus ceburi bidang yang selama ni menjadi impian zee. waktu tu...memang zee..agak terkejut bila dapat tahu. betul betul terkejut. sebab tak sangka benda macamni akan berlaku. hampir sebulan zee dekat malaysian aviation training academy, kuantan, dan sepatutnya hari jumaat tu zee hadir untuk internal exam, tapi suratan takdir yang dah tertulis, zee terpaksa balik ke KL while kawan kawan mata yang lain tengah exam :')

memang sedih sangat sangat bila terpaksa tinggalkan dan lupakan impian yang selama ni zee ingin capai. tapi nak buat macamne. zee terpaksa redha dengan qada & qadar yang Allah dah tentukan. mungkin ada hikmah di sebalik semua yang terjadi ni kan. memang betul pada mulanya, zee dah totally give up & taknak lagi continue study dekat mana mana tempat, tapi bla zee fikir balik, zee masih muda, so i have to move on cause life must goes on :')  


        bilik zeeeeee. haha. sorry lah sepah, sebab tengah packing barang 
nak balik waktu ni



terlalu banyak sangat kenangan zee dekat mata yang zee tak dapat lupakan. walaupun cuma sebulan zee dekat sana, tapi cukup masa sebulan tu buat zee kenal kawan kawan dekat sana. lagi lagi housemates & classmates zee. thanks to ayuni, melissa, amal, lina, wan, fifa, tina, kak izzah, aty, rini and izra. especially to those yang rapat dengan zee like ayuni mel amal lina. thanks sebab dah banyak layan kerenah zee dekat rumah tu. im really really sorry sebab tak dapat teruskan impian zee dekat sini. zee minta maaf sangat sangat buat korang semua menangis haritu. zee tak berniat nak tinggalkan korang. takdir tuhan yang menentukan segalanya. walaupun kita berpisah dekat sini, kita tetap akan berjumpa di hari & tempat lain kan? :) insyallah. sorry to ayuni sebab terpaksa tinggalkan kau. sorry to amal lepasni zee tak dapat nak teman amal tidur dalam bilik. sorry to mel sebab lepasni tak dapat naik bus balik KL sama sama. sorry to lina tak dapat jadi kawan sekepala kau lagi. and sorry to all of students mata, tak kisah lah zee kenal atau tak, zee mohon maaf sangat sangat atas kesalahan zee kepada korang if i've done something bad towards you all k :)



kenangan sebelum pergi teluk cempedak. i will miss you babes :')




and zee jugak nak mohon berbanyak terima kasih kepada kawan kawan yang dah banyak tolong zee bila zee dekat kuantan, ayuni yang banyak layan kerenah zee bila zee sakit. sanggup belikan koyok naik motor sebab zee pening kepala. thanks jugak to mel yang dah banyak tolong zee waktu zee susah senang. to amal yang dah banyak bagi zee nasihat dunia & akhirat, to lina yang dah jadi good listener to my every problems & stories. to wan, yang dah banyak buat zee ketawa & ceria. to fifa, tina, kak izzah, rini, izra, aty thanks alot! thanks jugak kepada classmates zee yang zee sayang sangat sangat like man, thanks man dah banyak ajar zee tentang maths. to farouq and the gang, faiz, firdaus, anuar yang suka sakat zee. haha. to afiq yang selalu membebel walaupun depan depan nampak pendiam. to aizat, arif, zul, hafiz, zack and semua yang ada dalam kelas tu, zee ucap terima kasih sangat sangat. kenangan dengan korang zee takkan pernah lupakan. thanks jugak to aqu firdaus yang ambil zee dekat terminal & bawa zee pergi bazaar, to paan jugak yang pernah tolong hantar zee ke bazaar. thanks kepada semua yang dah banyak tolong zee selama zee berada di kuantan. zee takkan lupa jasa budi baik korang selama ni. tak dapat zee nak balas jasa jasa korang. hanya Allah yang mampu membalasnya :') 


             lukisan yang zee sempat tinggalkan pada amal untuk korang semua :')
ni je yang zeee dapat bagi untuk jadikan kenangan


zee dah pun melangkah keluar dari mata. dan zee harap kawan kawan yang lain akan teruskan impian korang sehingga berjaya k. zee akan sentiasa mendoakan kejayaan korang. zee pun akan sambung belajar balik soon, tapi dalam bidang yang lain. setiap kali zee pandang kapal terbang, mesti zee akan mengalirkan airmata. sebab zee pernah cakap dekat ibu, "ibu, satu hati nanti zee nak pegang kapal terbang tu" . tapi impian tu dah pun terkubur so pada yang lain yang masih ada peluang untuk teruskan impian, jangan sia-sia kan k. study smart! takecare ^^

6 comments:

  1. thanks zee . gudluck kat sane . lepas ni tade dah alien aku nak sakat lagi . :'(
    *sory kalau aku sakat kau kasar sangat .

    ReplyDelete
    Replies
    1. haha tak kasar pun. aku tak kisah pun. lagi aku suka sakat kau adalah haha

      Delete
  2. zizi nie aku fais thanks doe , aku xde num ko doe nk sakat ko lagi muehehehe

    ReplyDelete