Wednesday, July 25, 2012

should i give up?







assalamualaikum & hello semua :) harap semua dalam keadaan yang sihat sihat je di bulan puasa ni. jaga kesihatan okay! :D alhamdulillah harini dah masuk hari keempat kita berpuasa, dan zee pun masih berpuasa lagi. dalam puasa puasa ni jugak lah zee ditimpa dugaan yang agak berat untuk zee pikul seorang diri. mula mula zee taktahu nak luahkan dekat siapa tentang apa yang sedang zee lalui ni, but at last zee baru teringat dekat blog zee ni yang zee dah lama tak tulis kan hehe :3  

alhamdulillah sepanjang zee belajar di kuantan, zee dapat sesuaikan diri walaupun adalah jugak homesick sikit. muahaha. kawan kawan pun semuanya okay dan baik. adalah jugak yang tak ngam tapi setakat ni alhamdulillah kawan yang rapat dengan zee semuanya sekepala :) 

dalam tak sedar, dalam diam, nak dekat sebulan zee dekat kuantan ni. dan paling mengejutkan bila zee dapat sakit dada & sesak nafas. zee memang takut waktu tu. zee rasa gelap sangat dunia ni. pergi hospital kerajaan, dia cakap takdepape. then ibu minta zee pergi specialist. rupanya kandungan acid dalam perut zee dah naik ke jantung. subhanallah. terkejut zee bila dapat tahu. waktu zee sakit tu, zee dekat KL lagi. terpaksa missed class dua hari then baru zee pulang ke kuantan dalam keadaan sakit. dan yang paling menyedihkan bila doctor kata "penyakit ni boleh baik tapi bukan pulih sepenuhnya. Ia akan berulang ulang". zee tergamam :'/ taktahu nak buatapa dah. dalam hati dah putus asa dan rasa "lebih baik aku mati je". semangat untuk belajar pun dah terkubur macamtu je. sebab doctor ada cakap sakit zee ni boleh bawak effect kepada kerjaya zee yang zee bakal capai nanti. sebab zee kena baiki enjin, baiki kapal terbang. satu kerja yang berat untuk dipertanggungjawabkan kan? masa zee tulis entry ni pun zee tengah demam :( kesihatan zee semakin lama semakin terjejas. zee sendiri dah jadi lemah dengan diri sendiri. harap zee takkan putus asa untuk menjalani segala ujian yang Allah berikan ni. korang doakan zee ye? eh by the way SABTU ni birthday zee. jangan lupa wish okay :) haha. sempat lagi tu. takecare ^^

No comments:

Post a Comment