Thursday, May 10, 2012

harini saya jalani hidup tanpa awak. baru sekarang saya faham erti kehilangan seseorang insan yang penting dalam hidup kita. awak nak tahu, walaupun baru sehari awak takde, saya dah mula rasa rindu. setiap text yang terpampang dalam screen phone saya, mesti saya excited nak bukak. saya ingatkan awak yang hantar text sebab rindukan saya tapi rupanya......maxis. setiap kali saya pergi ke tempat tempat yang ada kenangan antara kita, mesti saya teringat dekat awak. waktu tu, airmata saya mengalir tak berhenti. masih terngiang ngiang lagi suara kita berdua bergurau, bermanja bila kita jumpa. masih segar dalam ingatan saya segala kenangan yang telah tercipta antara kita. masih terbayang bayang lagi segala perbuatan yang kita lakukan bila kita bersama. memang betul kata orang, ramai lagi kumbang yang boleh membuat saya ceria dan senyum seperti dulu balik tapi dalam ramai ramai kumbang, hati bunga ni cuma melekat pada seekor saja iaitu...awak. tapi sekarang awak dah tiada. awak dah pergi. lenyap macamtu je. saya akan cuba tabahkan hati & kuatkan iman supaya saya dapat lupakan awak sedikit demi sedikit. saya tahu awak takkan pernah kembali. awak takkan toleh ke belakang lagi. saya akan cuba menapak kembali kaki ni untuk terus berjalan melupakan sisa sisa kisah antara kita. walaupun perit untuk saya terima, kisah antara kita yang dicipta oleh Allah ini akan saya semat di dalam hati 

No comments:

Post a Comment